Sabtu, 27 Ogos 2016

Bila suratan itu tiba



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Bila suratan itu tiba; ]

1. Sedang terperangkap di jem baru ini. Ku hitung-hitung. Ada 9 orang juga temanku telah pergi. Teman yang jarak umur tidak jauh dariku. Dari kecil hingga sekarang. Tidak termasuk saudara dan adik beradik.

2. Ada antaranya sangat rapat. 2-3 hari sebelumnya sangat rancak berbual. Kemudian beberapa hari ia tidak datang kelas. Tiba-tiba dapat tahu baru meninggal.

3. Ada yang diuji dengan sakit. Sebelum bertemu ajal. Tidak lama nanti mungkin kita pula. Bila tiba waktu giliran.

4. Jarang semua dapat bersama sehingga umur 80. Sehingga umur 50 juga tidak logik. Umur sekarang juga telah ramai yang pergi.

5. Jika tibalah saat itu. Mungkin antara yang paling kita tagih. Kemaafan dari teman-teman. Mungkin dahulunya 'kata-kata' kita di belakang hanyalah suka-suka. Kerana dia juga teman rapat kita. Teman marah boleh reda.

6. Namun mungkinkah di 'sana' nanti. Kita juga rapat sebegitu. Atau dengan penuh ammarah. Kita ibarat musuh 1000 tahun. Betegang urat leher. Saling mengungkit kesalahan lampau. Dek takut dari azabnya.

7. Jika tulisan ini hinggap di matamu. Ku pohon maaf atas segala silapku. Ku ampunkan juga segala silapmu. Ku harap ketika di akhirat nanti. Kita bisa bersama dalam naungan Rahmat Ilahi. Menikmati bahagia tiada tepi. Tidak dihisab tidak diadili.


Uwies Alqarni Abdul Rahman
6:27pm.    16 Ogos 2016