Isnin, 1 Ogos 2016

Gelaran Ustaz: Lain tempat. lain Budaya


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Lain tempat. lain Budaya ]

Bila ada orang pondok berbunyi. Sebab terlalu mudah gelar orang 'ustaz'. Tersenyum sendirian. Memang logik la ada berbunyi. Dari pemerhatian (Tak tahulah jika memang ada pentakrifan khusus) :

1. Di pondok. Jika orang baru masuk. Orang itu digelar Budak Pondok. Di Fatoni digelar Tok Faqir (Faqir kepada Ilmu Allah). Dan perempuan dipanggil Munirah. Jika orang itu sudah lama belajar. Biasanya 6-7 tahun. Banyak kitab dan matan sudah dia khatam, hafaz dan kuasai. Makna belajar sungguh. Sudah boleh mengajar kitab kuning (turath). Maka orang itu baru diperingkat Kepala Mutollaah. Biasanya hanya dipanggil abang. Belum lagi level Ustaz. Jauh lagi Tok Guru.

2. Bila Kepala Mutollaah itu sudah boleh mengajar Kitab Tinggi. Khususnya kitab arab peringkat mutawassit. Mahir ilmu alat dan pelbagai matan dalam kepala. Biasanya belasan ke puluhan tahun belajar dan mengajar. Maka baru orang itu diakui sebagai Ustaz.

3. Untuk gelaran Tok guru pula. Maka lebih tinggi dan meluas lagi cabang ilmu yang dikuasainya. Mungkin ambil masa lebih lama untuk mengaji. Sebab itu tak ramai yang digelar Tok Guru sekarang. Menurut guru. Istilah untuk membolehkan seseorang dipanggil Tok Guru pada zaman dahulu. Lagi sukar berbanding sekarang. Sebab tu ramai yang bersedih bila Tok Guru Haji Hashim Pondok Pasir Tumboh dan Tok Guru Abdul Rahman Pondok Lubuk Tapah meningal dulu. Sebab nak cari pengganti dah sangat-sangat sukar.

4. Di Malaysia. Masyarakat kita biasa meletakkan gelaran 'ustaz' kepada siapa sahaja yang mengajar Agama Islam. Dari mengajar Iqra Alif Ba Ta sehinggalah kepada Pensyarah Universiti.

5. Di Timur tengah. Istilah ustaz biasanya merujuk 'tuan' di tempat kita. Seorang yang berpangkat di dalam jawatannya. Bukan mesti seorang yang berpendidikan agama. Di samping gelaran khusus yang masyhur. Orang juga biasa memanggil pegawai Jawwazat (Imigresen), Pegawai Polis. Pendaftar Universiti dengan gelaran Ustaz.

6. Teringat satu ketika. Syeikh Ali Jum'ah. bekas Mufti Mesir juga pernah menjelaskan istilah 'Syeikh'. Yang berbeza penggunaannya mengikut situasi.

7. Teringat orang tua kita dulu. Kalau jumpa polis dipanggil tok. Hantu pokok dipanggil tok. Dapat cucu dipanggil tok. tok empat, tok ketua, tok penghulu, tok imam, tok kadi, tok batin, tok bidan. tok bomoh. Semua dipanggil tok.