Sabtu, 29 April 2017

Nasihat buat Geng Talaqqi - Siri April 2017


بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله


 " Adakala situasinya tidaklah serumit mana. Bagi geng talaqqi mungkin 'nasihat' itu memang solid nasihat, bukan terlindung niat nak meruntuh persatuan. Geng talaqqi lihat geng persatuan abaikan tanggungjawab talaqqi. Hal ini sangat bahaya buat ummat dan diri mereka sendiri. Lalu geng talaqqi tegur.

Bertambah tegang. Bila geng persatuan 'panas' telinga dan tidak dapat terima teguran itu. Lalu geng persatuan jadikan alasan 'perjuangan' sebagai tembok perisai. Jika geng talaqqi hentam mereka, bererti menyerang 'Perjuangan Islam'. Walhal kawan itu bukan nak serang perjuangan, mereka hanya nak nasihat tabiat buruk geng persatuan..."

2. Apa yang kalian nampak. Dari situasi di atas?

3. Jika kita amati isu ini secara tenang dan mendalam, kita boleh nampak. Betapa lemahnya geng talaqqi bermain politik. Serta betapa tidak rasionalnya geng persatuan.

4. Secara pukul rata. Ramai yang menghentam geng persatuan.  Sebenarnya bekas anak didik yang lahir dari persatuan juga. Namun semacam lumrah. Selang beberapa lama selepas tidak lagi aktif. Mereka pula yang mengetuai serangan demi serangan terhadap persatuan.

5. Bila kita berada di luar kotak. Penglihatan kita lebih luas. Kita bukan sekadar faham persekitaran di dalam kotak. Malah kita nampak juga situasi di luar kotak. Maka sudah pastinya, cara kita fikir sudah berbeza.

6. Namun silap geng talaqqi. Mereka hanya lontarkan idea dan kritikan. Namun tidak sulamkan dengan seni politik. Geng talaqqi hanya fokuskan akal tidak hati. Jadi mad'u payah nak terima malah semakin menjauh. Akhirnya mad'u sudah jadi musuh.

7. Teringat sebahagian ustaz-ustaz terdahulu. Dialah yang bermatian menolong di dapur sewaktu program. Dia  jugalah insan yang paling istiqamah duduk bertalaqqi didepan syeikh. Jadi orang senang dengan mereka. Dia tak banyak berbunyi, tapi dia contohkan dengan suri tauladan. Orang talaqqi respect dengannya. Orang persatuan sayang dekatnya. Ada waktu dia buka pengajian, ada waktu dia mengacau kuali.

8. Kita selalu fikir teori tak patut. Lalu kita letakkan diri kita di situ. Walhal situasi itu tidak wujudpun. Menyebabkan perasaan sendiri terganggu. 'Jika bertembung kepentingan jemaah dan kepentingan diri. Maka dahulukan jemaah'. Maka kitapun mengelamun:

"Bila kita diminta jadi Ad-hoc program, namun bertembung dengan kelas talaqqi..."

Walhal benda boleh adjust. Mesyuarat boleh anjak, kerja boleh wakilkan.

9.  Sumbangan geng persatuan diakui sangat banyak. Namun, bila kebaikan mereka tidak dihirau. Sebaliknya kekurangan mereka juga yang ternampak dan beria-ria dikorek. Jadilah geng persatuan seolah-olah sangat jijik di mata geng talaqqi.

10. Justeru kita berharap. Kedua-dua geng nantinya akan dipimpin siswa mahir seni politik. Yang bukan sekadar rasional. Tapi juga faham jiwa manusia.

11. Isu sebenar bukanlah Geng Talaqqi-Geng Persatuan. Tapi RAJIN-PEMALAS. Malas belajar, malas nak tolong orang.