Rabu, 3 Mei 2017

[ Banyak pula benda libatkan Wasap pagi ni ]


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


1. Dulu sebelum zaman Wasap. Komplen mudah di ambil perhatian. Bila kena gaya saluran. Orang pun jenis komplen bisik-bisik, yang nak ketengah tak ramai...

2. Sekarang zaman Wasap dalam henfon. Komplen boleh direct ke Manager atau Menteri. Semua orang pun boleh komplen. Tak perlu lalu Setpol atau PA dah. Biar menteri tengah bercuti atau tengah mandi pun. Mesej tetap masuk semacam.

3. Tapi masalah bila dah semua nak komplen. Makin kuranglah komplen nak dilayan. Penguasa dah tepu.

4. Apatah zaman sekarang, orang jenis cakap direct. Bagi depan-depan. Ayat tak bersulam tapis. Sekali baca nampak macam marah, tapi sebab letak smiley, boleh jadi juga tengah melawak...

5. Bila dah berlunggun. Orang yang baik sikit akan baca lebih kurang. Yang nakal buat tak hirau. Yang menghantar mesej pula panas punggung. Mesej dah hantar, masalah tak selesai-selesai.

6. Orang sekarang bijak, cerdik lagi genius. Tapi seni tiada. Itu pasal nak minta pasang plug heater pun sampai ke sudah tak lepas-lepas. Padahal bilik maintenance sebelah je dengan biliknya.

7. Entahlah. Mungkin kementerian pendidikan perlu wujudkan mata pelajaran baru. Mata Pelajaran Cara Nak Bercakap dan Cara Nak  Faham Orang. Sebagai tambahan kepada beratus-ratus mata pelajaran yang dah ada, dan jadi subjek elektif untuk SPM.

" Biar bulan jatuh je riba. Tetap ku nanti bintang di langit. Biar berlawan arus muara. Katalah yang betul walaupun pahit..

Jangan menimbang buah kelapa. Takut bengkak semakin membesar. Diberi pilihan untuk bersuara. Fikirkan uslub barulah mentitip..

Jangan bertumbuk dengan durian. Ambillah parang untuk mengupas. Dunia ini banyak dugaan. Sambutlah pilihan dengan beralas..."